Assalamualaikum . .
Dalam kesyahduan malam yang sunyi lagi sepi dan bosan, kedengaran kencang bunyi stesen radio Cengkerik FM yang menjadi radio rasmi menghiburkan guwa dimalam hari yang sunyi lagi sepi dan bosan ini. Macam ulang-ulang je ayat? Okay cukuplah tu. Sebenarnya, bab pendahuluan ni memang guwa fail sikit, tak tahu nak mula dari mana.
Dalam sibuk sedang guwa meng usha-usha newfeeds di Facebook untuk melihat jikalau-kalau ada makwe-makwe yang yang lepas frust menonggeng dengan balak dia dan membutuhkan sedikit perhatian daripada seorang lelaki seperti guwa, tiba-tiba! Kedengaran suara seorang perempuan seakan-akan mengilai-gilai. Sambil melihat jam ditangan yang baru menunjukkan pukul 9 malam.
Guwa merasa sedikit selama dan lega, lantas dengan konfiden hental mentalnya guwa pun bangun dan keluar dari bilik untuk cuba melihat apakah sebenarnya. Mak guwa rupanya yang tertidur diatas sofa dan mengigau, sejak kebelakangan ini mak selalu mengigau, jika ditanya apa yang dimimpikannya. Mak cakap "hantu".
Kalau nak cerita pasal mengigau ni lah kan, guwa ada sedikit sejarah yang agak mengerikan tentang mengigau ni. Korang jangan buat line clear ea? Macamlah aku tak tahu, kau orang pun sama je mesti pernah jugak mengalami benda ni. Haha
Mak pernah cerita, dulu guwa selalu bercakap masa tidur. Kadang-kadang tu aku berjalan dan melakukan perbuatan yang agak pelik sambil mata tertutup, selalu bila da nak masuk waktu maghrib.
Biasalah budak-budak. Petang da penat main balik rumah membongkang. Bila dikejut suruh mandi, kadang-kadang tu aku akan bangun dan pergi ke hujung bilik, sambil buat gaya seakan-akan sedang mandi. Mengekek ngekek mak aku ketawa cerita tengok aku .
"Guwa ketawa sinis je dengar orang tua ni bercerita, segan tu ada. Cuma malas nak keluarkan"
.
.
.
Tapi kes yang paling teruk dalam sejarah guwa mengigau nih, yang guwa ingat sampai sekarang. Dulu masa guwa darjah lima, waktu itu guwa baru balik daripada sekolah agama. Lebih kurang dalam pukul 3 lebih, paras kesihatan guwa agak tak berapa nak baik, guwa demam. Sebab tuh dapat balik awal. Bukan cabut sekolah ea? Sampai je rumah, set mind guwa adalah tidur.
Tanpa berfikir panjang, guwa menanggalkan baju sekolah kerana cuaca yang agak panas. Sebelum tu usha dulu tingkap rumah, takut jiran ngendap pula. Habis nanti masuk pesbuk. Kipas buka kasi full 4, tapi kipas dalam bilik guwa tu cuma ade 3 je volume yang paling laju, so guwa pasang 3 sahaja. Dan guwa pun tidur dengan damai.
Damai yang guwa sangkakan sampai ke pagi, rupanya hujan ditengahari. Dalam tidur guwa tu, tiada pula guwa mimpikan Lisa Surihani, mahupun Neelofa. Sebab waktu tu dia orang yang berhajat untuk bermimpikan aku. Cuma makin lama aku rasa makin sejuk, rasa angin menghembus laju ke arah guwa dan menerkam pipiku. Mcam duduk dekat tepi pantai, aku cuba nak buka mata tapi tidak berjaya. Dalam beberapa saat alangkah terkejutnya guwa bila sahaja guwa buka mata. Guwa berada betul-betul ditepi jalanraya.
Waktu itu, cuma malu dan segan je yang dapat guwa rasakan. Tanpa selipar dan baju, apalah pandangan mereka-mereka yang melihat diri ini. Rasa macam nak bunuh diri pun ada.
Nak kalis malu punya pasal, guwa cuba membuatkan keadaan seakan-akan memang disengajakan dan bukannya tidak disengajakan. Perlahan-lahan guwa berundur dari terus berjalan kedepan. Dan kembali sedikit demi sedikit ke belakang. Makcik yang tengah siram pokok bunga usha aku dengan pandangan yang sungguh, sinis. Sambil mulutnya terkumat-kamit seperti sedang mengata guwa.
"Panasnya hari ini, matahari dekat sangat ke dengan bumi". Guwa cakap kuat2 ayat ini dengan harapan mereka yang melihat dan ada disekitar itu faham kenapa guwa tidak memakai baju.
.
.
Tapi tapi tapi kan, itu enam tujuh tahun yang lalu punya ceritalah, sekarang guwa da tak mengigau lagi. Hihi
Da mana cerita engkau orang? Meh sini cerita, guwa nak ketawa pula.
11 Surat saman:
hebatnye dy ngigau~hehe :)
hehe..kelakarlah..adik kat rumah selalu ngigau benda pelik2..creepy..
@nureenina hebatkan ? haha >.<
@AIRA haa budak-budak memang biasakan ? heh :)
mengigau = comel + cool ^____^
@O CIKTEDDY haha ' comel lah sangat --'
huhu...mmg ad pon y cm 2..xheran..apa2 bahaya la ckit..huhu
hahaha~ hebat sangat! tapii~ Err.. bahaya la awak! Naseb baek tepi jln, kalau tengah jalan? Ngee~ =,='
**Cik Fiza pernah ngingau gak, tapi masa kecik2 dlu la n x seteruk awk smpai jalan2 time tdo pon x sedar. Hee^^, Cik Fiza ngigau ckap sorg2 je dlm tdo. :DD
dulu pernah mengigau juga.. smpai skrg satu famili tau.. 'awak, nah bunga!' itu yg i sebut.. habis kena sakat..
Adik i la plg teruk, tido sambil jalan, tdo bilik lain, bila bgn msti kat bilik lain..
perghhh , ni mengigau tahap bahaya ni . klu ke tgh jalan , siaa2 je hdup . huhu naseb sedar .
okeyy...ney mmg lucu..!
" Tengok tak kena ' tembak tak kena . komen lah baru kena ! "