Tandas Awam.

Assalamualaikum . . .

Cerita semalam, 3 Oktober 2011, guwa menemani akak ipar guwa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat kad pengenalan baru. Oleh sebab kad pengenalan dia rosak, dan suami dia (abang aku) kerja, so akulah yang terpaksa jadi suami part time.


Sampai sahaja dihadapan JPN, lantas akak guwa turun dari kereta dan segara masuk
kedalam JPN tersebut . 
Setelah guwa selesai memarking kan kereta, guwa turun dan turut serta masuk kedalam JPN tersebut untuk mengusha nombor angka giliran yang akak ipar guwa dapat 


"Dapat nombor berapa kak?"


Sambil memandang ke arah guwa dia menunjukkan nombor angka gilirannya.
Kelihatan nombor 0032 terpancar pada kertas nombor itu, dan dengan pantas... 


Guwa melihat ke arah kaunter nombor, kelihatan baru angka yang ke 0018 disitu. Dalam hati guwa "Confirm besok naik ni!" "Ohh, sekejap je ni" kata-kata semangat yang aku berikan kepada akak ipar guwa dan yang sebenarnya hanya untuk menyedapkan hati sendiri, sebab guwa yakin dan pasti akan bertelor tunggu dia kat situ.


Disebabkan kat dalam JPN tuh kekurangan kerusi menunggu, so tepaksa lah guwa menunggu didalam kereta bersama dengan dua orang anak sedara guwa yang comel. Sikitlah.

.
.
.

Tangan guwa tak berhenti-henti menukar frekuensi radio untuk mecari kalau-kalau ade stesen radio yang memainkan lagulagu yang boleh dibawa karaoke pada saat itu. Sambil menjeling gelagat anak-anak sedara guwa yang sedang asyik makan jajan potato yg aku belikan di kedai 24jam.


 Tiba-tiba kedengaran perut aku berbunyi kencang yang menandakan guwa perlu dengan segera mencari Tandas Awam yang berdekatan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. 




Dengan tanpa memikirkan masa depan, guwa segera menekan pedal minyak dan melepaskan hand brek kereta untuk ke pam minyak yang berdekatan. Singgah berhenti aku di sebuah Petronas.


" Adam ' adam tunggu dalam kereta ni dengan adik ehh? paksu nak pegi toilet sekejap"
Ujar guwa kepada anak buah guwa yang botak.

"Aaa aa adam pun nak terkencing ni" Hihi
Balas si botak sambil tersenyum menganjing, da lah gigi rongakk!


"Adam tunggu sekejap, paksu pergi sekejap jeh ni, lepastu turn adam pulak tau?" rayu guwa sambil tersenyum (terpaksa) "Jangan lupe lock pintu kereta tau adam.." Tambah guwa lagi


Adam menggangukkan kepalanya tanda bersetuju. Tetapi riak wajahnya menunjukkan sebaliknya.
Dengan tangan diperut, guwa segera turun dari kereta dan berlari deras mencari pintu tandas untuk 
melepaskan hajat ini.



Dan memang nice sangat bila guwa sampai je tandas semua sedang digunakan. dengan perasaan yang tak berapa nak sabar. Guwa menunggu dihadapan pintu masuk tandas sambil memerhatikan keadaan sekeliling


Guwa menghentak-hentakkan kaki fungsinya bagi menahan bahan yang ada didalam perutku ini keluar sebelum waktunya.

Daripada kereta wira, bertukar ke kereta waja ekzos memekak. Dari waja bertukar ke vios dan seterusnya begitu berhenti untuk mengisi minyak di Petronas tersebut. Tetapi 3 mambang yang berada didalam tandas, masih tidak lagi keluar dari tandas tersebut . (Ada 3 je tandas dekat situ) 
semakin kencang kaki ku ku hayun ke lantai menandakan saat-saat getir hampir menjelma.


Krekkkkkkkkkk! 

Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan awal 40 an keluar dari dalam salah satu tandas dengan reaksi muka yang sememangnya ceria (da lega), guwa segera menerjah masuk kedalam tandas dengan pantas dan dengan kadar segera aku menutup pintu tandas tersebut. Berpusing je 360 darjah guwa kebelakang. 


Guwa dikejutkan dengan objek "terapung" didalam mangkuk tandas.

"Memang cilaka bin cilakuk!" 


Hanya sedikit kata-kata kesat yang guwa dapat lemparkan pada saat itu, disebabkan  masa-masa kritis perut guwa da semakin menghampiri. Guwa terus melabuhkan tirai tanpa memikirkan apa-apa lagi
(tapi luka dihati masih terasa)


Sampai sekarang guwa masih lagi tak mengerti kenapa ada segelintir masyarakat kita ni yang susah sangat nak flush barang sendiri apabila selesai mengggunakan tandas awam. Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi da banyak kali guwa kena macamni. Sampai bila dok?
.
.
.
.

Tandas awam kan? Kegunaannya untuk ramai orang. Jadi sama-samalah kita jaga , bila kau da guna tu janganlah fikir sedap sendiri je, akan datang orang yang belakang nak guna kau tak terfikir ke perasaan diorang bila nak guna tandas je nampak "barang' kau.


Sekarang zaman da maju, pakai tekan je da setel. Kalau dulu zaman-zaman yang masih guna timba lagi mungkin boleh lah kan diterima lagi. So?




P/S: Hidup dekat atas muka bumi ni, bukan kau seorang. 


Suka? Like tanda kesukaan.

10 Surat saman:

Nadiya Kyrie said...

haha . nice entry :)

liLo_heMuh said...

hahaa . lawak larhh . terok ekk pakcik tuhh .

Myrul Fitri said...

@Nadiya Kyrie thanks larh coz sudi bace :D

Myrul Fitri said...

@liLo_heMuh err ' takde larh teruk sangat :P

mizmarmalade said...

Ish3x.. tak bertamadun betoi lelaki ituh! hehehe... lgsg tade kesedaran sivik kan kan kan? ngeee! :D

smilenajah93 said...

euwwwww ~ pengotor gilerr ~ hailaaa ~ dlm tndas pun ade kuih raya ! x tahan !

AmirahFisra said...

lawak lahh.. haha

Myrul Fitri said...

@mizmarmalade ha'ah kan ? :D

Myrul Fitri said...

@smilenajah93 kuih raye almond london -.-

Myrul Fitri said...

@AmirahFisra gelak arh :P