Kenangan Beraya Sewaktu Kecil.

Assalamualaikum . . .

Ini cerita dimana ketika itu guwa masih lagi dipanggil "Kanak-kanak Riang".


Okay ini cerita semasa menjelangnya hari raya! Bila pasal puasa je memang semuanya lembik lemah longlai tak bermaya bagaikan mayat hidup, tapi bila beberapa hari lagi nak datangnya Hari Raya. Bukan main lagi dia lah yang pertama. Hmm tapi sebenarnya takdelahh semangat mana pun, motif utama pada hari raya objek pertama yang akan terlempang terpampang pada skrin mata adalah:



Angg pauuuu!


Setiap tahun yang dikejarkan oleh guwa bukan lah kuih muih or bla bla bla kejadah ke apa benda jadah. Tapi yang menjadi kegilaan guwa (tak mungkin guwa sahaja korang pun sama je guwa rasa) pabila tibanya hari raya adalah "DUIT RAYA" ! *Heaven

Setelah selesai sahaja orang menunaikan sembahyang raya. Guwa pun macam biasalah, lepak dekat rumah dulu. Tunggu abang akak semua pulang, dan pabila kesemuanya sudaha ada. So ape lagi? Bermulalah sesi bermaaf-maafan diantara seluruh ahli keluarga sekalian. Haa, aku tengok akak , abang guwa beria mintak maaf kt mak bapak guwa menangis bagai nak rak sampai tersedu senduk. Tapi


Yang guwa? Biasalah duduk-duduk, duduk rilek je dekat tepi "perhatikan je situasi itu sambil hati kecil berbicara "Bila nak habis ni ye? Sobs sobs" err ! Mintak maaf? aku kecik lagi masa itu tak payah nak mintak maaf bagai, pasal masa guwa kekecik dulu guwa adalah seorang budak yang baik, sentiasa mendengar kata orang tua . Orang muda aku tak dengar, malas nak dengar.


LOL


Warna duit yang menjadi kegilaan guwa sewaktu kekecik dahulu adalah warna kuning biru. Hmm note seringgit lah. Hee. Guwa memang suka kumpul note seringgit bebanyak. Sebab bila da ada lebih 10 ringgit je, dia akan nampak macam seratus ringgit sebab ketebalannya :D *Kaya! Kaya! Kaya!

Dekat sini guwa kasi pecah rahsia okay? Kalau lu orang nak tahu. Waktu yang paling tepat untuk memulakan sesi mengumpul duit raya dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain adalah selepas pukul 10. Kerana pada waktu itu orang tengah ramai. So boleh dapat banyak. Haha! Hmm nak beraya? Mesti nak kena ade strategi. Pergi bukan kosong macamtuh je woi. Hehew. Antara 4 kawasan perumahan yang menjadi tumpuan utama:


1) Rumah yang diperbuat daripada batu 
2) Rumah yang besar/Rumah cikgu
3) Rumah yang mempunyai ramai sedara-mara
4) Rumah orang yang terkenal (contoh ketua kampung/imam masjid)


Kebiasaanya golongan rumah-rumah yang diatas ini bila datang beraya memang akan dapat membawa pulangan duit raya yang lumayan. Tapi tak semua okay? Kadang-kala harus bergantung kepada kecomelan kau untung mendapatkan lebih --' *Bagi golongan tuan rumah besar yang bakhil .


Dulu kalau nak beraya skill nak kena cantik bro, haa nampak tak? Ingat main bola je "Need some Skill?" Contohnya macam kalau guwa dulu nak beraya, kalau boleh tanak pergi ramai-ramai (rugi)! Pergi sorang dua pun da okay buat cukup-cukup forum. Sebab nanti boleh dapat duit lebih sikit. Takde lah tenat sangat tuan rumah nak bagi sorang seringgit kalau da sekali sepuluh orang datang ye tak?


Masa umum bagi sebuah rumah, adalah antara 3 hingga 5 minit je. Biasa datang, duduk, kacau kuih sikit-sikit. Air segelas mesti nk kena abes lepastuh da lah. Berambuss kerumah lain.


Kerja senang bukan?


Kalau sedang syok guwa beraya, kalau terserempak dengan group bebudak raya lain. Pasal aku rasa diorang ni menyibuk je (ada perasaan khianat dalam hati) tapi kalau group perempuan guwa tak benci lah, guwa sayang. HAHA :D


Tapi zaman beraya guwa tu tak bertahan lama. Kerana pertumbuhan fizikal guwa yang mendadak dan drastik membuatkan guwa terpaksa bersara awal. Nak beraya pun da segan. Yang mana dilahirkan memang dapat badan kecik tu untunglah. Duit masyuk je. Yangg guwa ni? Orang tengok atas bawah macam guwa baru lepas bunuh orang then baru fikir nak bagi ke tanak --'


Kira dulu guwa macam ni lah, yang pertama habiskan harta keluarga dulu. Lepastuh harta para penduduk kampung. Dan akhir sekali baru pau duit raya sedara mara, pakcik makcik, besan bla bla bla semua.


Tapi kalau sekarang?



Tinggal duit raya dari ahli keluarga je lah, yela da besar. Hmm tapi takpe abang-abang dan akak-akak ramai, tapi tu pun depends pada nasib juga. Kadang-kadang kena paksa baru bagi. Dan peduli apa nya pun "ADIK" kan? Haha. Tapi yang bestnya,, sekali bagi paling kokak pun duit merah ahh,
hmm. agak-agak tahun nie dapat lagi tak ye ? *Bunyi ombak ~


Bila dikenang hatiku jadi tak tenang.




Kalau nak jadi budak tadika balik boleh? 


P/s: Mungkin manusia boleh lupa, tetapi kenangan itu tak boleh dilupakan dan takkan pernah.


Suka? Like tanda kesukaan.

29 Surat saman:

Cerita Cipaa said...

best la kenangkan zaman kanak2 .
duit raye banyak je .
skrg ny nk cecah 50 hinggit pon susah .heheh ~

M A F said...

@Cerita Cipaa haa kn ? mase kekecik dulu mmg best ^^

Izzat Azhar said...

zaman kanak2 memang best... boley mintak duit raya banyak2.. ni dah besar nak gi mntak duit raya pun gabra..

M A F said...

@EzyFibre time bebudak dulu ' x payah mintak pun da bagi kott ' eheh ^^

dayah shinbey said...

syok je story mory ang waktu kecik..huhuh..:)

cik kiwi's said...

nak balik zaman kecik kecik. !!!!!!!!!!!!!!...aaaaaaaaaa

M A F said...

@dayah shinbey haa syokk kn kn ? hukk =.=

M A F said...

@cik kiwi's same larh dengan ' kalau larh bole dapat balik =.=

Solihahazahar said...

HAHA sape2 kampung die kat KL best woo. kut2 raye umah artiss keee.. hahahaha

M A F said...

@Solihahazahar erkk . . rumah artis ade kt KL je ke ? kt jb xde ke ? mueheh :P

widiea azira said...

hahaha..kalo ak xyah mtk,org beria bagi duet..ak wat muke kesian

cahaya mata said...

mmg la seronok..but skrg dah xseronok sebab dah kena kira bajet duit raya yg kena bagi...dulu2 xper la lima kupang boleh layan lag..skrg seringgit pun budak2 akan cakap kita kedekut..apa depa ingt aku nie pembantu zeti aktar aziz???

Mohammed Faizal said...

dulu-dulu boleh la jana pendapatan dengan duit raye..tp sekarang dah besau kite jana pendapatan melalui nuff plak..

Unknown said...

tak tawu kamu abang or adik dgn sha. -_- dekat about me tak cakap. HIKHIK~

Tapi zaman bebudak kamu dengan sha serius sama. hahaha. rindu gila zaman collect duit raya dekat rumah jiran. alahai~

IMANSHAH said...

best kan, dah tua2 ni hilang kemeriahan..

follow kamu

CikTeddyCorner said...

ahaha..btol3..mase kecik plg best nak mitak duit..ngan muke x malunyer..dtg rumah mnum air je,dpt duit..bla..hiho

M A F said...

@widiea azira muke kesian tuh macam mane ? :P

M A F said...

@cute1986 haa kn ? bebudak sekarang singgit pun da sebelah mate je pandang =.=

M A F said...

@Mohammed Faizal wakaka ~ betul jugak tuh , so ? klik larh iklan . . kahkah ~

M A F said...

@shasshaDanial ahah ~ panggil je adik :P err ~ same ke ? wahh ~ kn ? sekarang da x dapat lagi nk collect2 lagi da , KENA collect ade larh =.=

M A F said...

@IMANSHAH ahah ~ tuh larh pasal . . tp den belum tue lagi , huahua :D er ~ tengkiuu broo ^^

M A F said...

@Cik Teddy err ~ pastu balik rumah perut buncit pasal da banyak sgt minum air :P

Nurul said...

Hoho, bangga masih menjadi budak sekolah rendah :)

Asyila Zainuddin said...

hahaha.. adoi.. wajib la duet raye tahun ni ciput je.. ngee..

Unknown said...

zaman kanak2 aku beraya sangatlah bosan sebab aku skema..haha

M A F said...

@nurul atiqah wahh ~ budak sekolah rendah ke ?

M A F said...

@Asyila Zainuddin haa km ? memey ahh ^^

M A F said...

@Finaz Jaafar ahah ~ skema ke ? skema larh best . . bole dapat banyak duit raye :P

Unknown said...

samalah..tak tau dapat angpau ke tak tahun ni..sbb dah keje..hahah
walaupun kerja sementara cuti sem je..tapi tak kesah pun..tak bagi tak pe, nak bagi terima je..
salam ramadhan n salam syawal =)