Berkhayal Sejenak.

Assalamualaikum . . .

Seperti biasa, apabila malam menjelang. Perut akan menjadi lapar, hati pun menjadi resah. Jadi dengan kadar rela ataupun tidak. Terpaksa juga guwa menyelusup kedapur untuk mencari secebis "rezeki".

Dalam mata pencarian guwa itu, finally bak cakap omputih. Berjaya juga guwa menemui sepaket biskut gula. Ala biskut yang ada gula pasir lekat-lekat tu dekat luar dia. Takkan tak tahu?



krupp ! krupp ! krupp !

Kedengaran bunyi biskut gula yang dikunyag rakus oleh "Gergasi" lapar. Sambil memandang kearah laptop, Tiba-tiba guwa terasa bosan. Bosan sangat, dan bosan. Tak tahulah kenapa datang pula bosan. Lu bosan tak? Guwa bosan, bosan, bosan. Okay part ni guwa da "lost". Lantas guwa berfikir sejenak dan berkhayal.

Kalau guwa jadi Nobita mesti seronokkan? Bisik hati kecil guwa. Taknak jadi bodoh macam Nobita, tapi cuma nak ni je. Rujuk gambar.




Dolaaeeemonnnnn!

Kalau guwa ada doremon, guwa nak minta dia pinjamkan guwa pintu kemana sahaja.



Dengan pintu ini, guwa akan berjaya kemana sahaja ikut suka hati guwa dan sekalipun ke dalam tandas Lisa Surihani! Hoyehh yehhh


Kedua, guwa nak suruh dia keluarkan "mesin pajak gadai automatik" (sapa kekecik dulu peminat setia doremon dia mesti tahu natang nih) haha. Segala hape barang-barang guwa yang agak tak berguna lagi. Akan guwa gadai, kecuali "Maruah".

"Imaginasi guwa da rosak teruk ni".




Okay sambung, lu orang nampak kan benda yang ada dekat atas kepala di kucing biru tu? Nah itu yang guwa kan minta. Benda ni kira banyak advantage dok. Senang. Jimat. Kenapa senang? Kenapa jimat? Sebab dia tak perlukan minyak atau bateri untuk bawa lu terbang. Pernah nampak dalam cerita dia tukar bateri ke minyak ke? Tup tup, keluar dari kocek terus terbang. Rare!

Lepastu. Ini yang paling mustahak! Rujuk gambar.




Dengan adanya mesin masa ini, guwa kan kemasa depan dan melihat wajah bakal isteri guwa! Yahooo! Bergerakkkk!



*****




Future wife? Amin.


Okay mungkin inilah yang dinamakan cinta itu buta. Tinggal part isteri, dan sekarang guwa nak kemasa depan. Melihat Malaysia pada masa depan! Gerakkkkk!



*****




Malaysia, it's that you?



Hmm macam da tipu teruk sangat je imaginasi guwa ni. Takpelah, gerak ke depan lagi. Ayuh ayuh! Bergerakkk!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Huh? Da rosak ke benda ni? Hmm okay bagi dekat doremon balik lah. Bye

(Sambung makan biskut)


Suka? Like tanda kesukaan.

Tandas Awam.

Assalamualaikum . . .

Cerita semalam, 3 Oktober 2011, guwa menemani akak ipar guwa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat kad pengenalan baru. Oleh sebab kad pengenalan dia rosak, dan suami dia (abang aku) kerja, so akulah yang terpaksa jadi suami part time.


Sampai sahaja dihadapan JPN, lantas akak guwa turun dari kereta dan segara masuk
kedalam JPN tersebut . 
Setelah guwa selesai memarking kan kereta, guwa turun dan turut serta masuk kedalam JPN tersebut untuk mengusha nombor angka giliran yang akak ipar guwa dapat 


"Dapat nombor berapa kak?"


Sambil memandang ke arah guwa dia menunjukkan nombor angka gilirannya.
Kelihatan nombor 0032 terpancar pada kertas nombor itu, dan dengan pantas... 


Guwa melihat ke arah kaunter nombor, kelihatan baru angka yang ke 0018 disitu. Dalam hati guwa "Confirm besok naik ni!" "Ohh, sekejap je ni" kata-kata semangat yang aku berikan kepada akak ipar guwa dan yang sebenarnya hanya untuk menyedapkan hati sendiri, sebab guwa yakin dan pasti akan bertelor tunggu dia kat situ.


Disebabkan kat dalam JPN tuh kekurangan kerusi menunggu, so tepaksa lah guwa menunggu didalam kereta bersama dengan dua orang anak sedara guwa yang comel. Sikitlah.

.
.
.

Tangan guwa tak berhenti-henti menukar frekuensi radio untuk mecari kalau-kalau ade stesen radio yang memainkan lagulagu yang boleh dibawa karaoke pada saat itu. Sambil menjeling gelagat anak-anak sedara guwa yang sedang asyik makan jajan potato yg aku belikan di kedai 24jam.


 Tiba-tiba kedengaran perut aku berbunyi kencang yang menandakan guwa perlu dengan segera mencari Tandas Awam yang berdekatan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. 




Dengan tanpa memikirkan masa depan, guwa segera menekan pedal minyak dan melepaskan hand brek kereta untuk ke pam minyak yang berdekatan. Singgah berhenti aku di sebuah Petronas.


" Adam ' adam tunggu dalam kereta ni dengan adik ehh? paksu nak pegi toilet sekejap"
Ujar guwa kepada anak buah guwa yang botak.

"Aaa aa adam pun nak terkencing ni" Hihi
Balas si botak sambil tersenyum menganjing, da lah gigi rongakk!


"Adam tunggu sekejap, paksu pergi sekejap jeh ni, lepastu turn adam pulak tau?" rayu guwa sambil tersenyum (terpaksa) "Jangan lupe lock pintu kereta tau adam.." Tambah guwa lagi


Adam menggangukkan kepalanya tanda bersetuju. Tetapi riak wajahnya menunjukkan sebaliknya.
Dengan tangan diperut, guwa segera turun dari kereta dan berlari deras mencari pintu tandas untuk 
melepaskan hajat ini.



Dan memang nice sangat bila guwa sampai je tandas semua sedang digunakan. dengan perasaan yang tak berapa nak sabar. Guwa menunggu dihadapan pintu masuk tandas sambil memerhatikan keadaan sekeliling


Guwa menghentak-hentakkan kaki fungsinya bagi menahan bahan yang ada didalam perutku ini keluar sebelum waktunya.

Daripada kereta wira, bertukar ke kereta waja ekzos memekak. Dari waja bertukar ke vios dan seterusnya begitu berhenti untuk mengisi minyak di Petronas tersebut. Tetapi 3 mambang yang berada didalam tandas, masih tidak lagi keluar dari tandas tersebut . (Ada 3 je tandas dekat situ) 
semakin kencang kaki ku ku hayun ke lantai menandakan saat-saat getir hampir menjelma.


Krekkkkkkkkkk! 

Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan awal 40 an keluar dari dalam salah satu tandas dengan reaksi muka yang sememangnya ceria (da lega), guwa segera menerjah masuk kedalam tandas dengan pantas dan dengan kadar segera aku menutup pintu tandas tersebut. Berpusing je 360 darjah guwa kebelakang. 


Guwa dikejutkan dengan objek "terapung" didalam mangkuk tandas.

"Memang cilaka bin cilakuk!" 


Hanya sedikit kata-kata kesat yang guwa dapat lemparkan pada saat itu, disebabkan  masa-masa kritis perut guwa da semakin menghampiri. Guwa terus melabuhkan tirai tanpa memikirkan apa-apa lagi
(tapi luka dihati masih terasa)


Sampai sekarang guwa masih lagi tak mengerti kenapa ada segelintir masyarakat kita ni yang susah sangat nak flush barang sendiri apabila selesai mengggunakan tandas awam. Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi da banyak kali guwa kena macamni. Sampai bila dok?
.
.
.
.

Tandas awam kan? Kegunaannya untuk ramai orang. Jadi sama-samalah kita jaga , bila kau da guna tu janganlah fikir sedap sendiri je, akan datang orang yang belakang nak guna kau tak terfikir ke perasaan diorang bila nak guna tandas je nampak "barang' kau.


Sekarang zaman da maju, pakai tekan je da setel. Kalau dulu zaman-zaman yang masih guna timba lagi mungkin boleh lah kan diterima lagi. So?




P/S: Hidup dekat atas muka bumi ni, bukan kau seorang. 


Suka? Like tanda kesukaan.

Kenangan Beraya Sewaktu Kecil.

Assalamualaikum . . .

Ini cerita dimana ketika itu guwa masih lagi dipanggil "Kanak-kanak Riang".


Okay ini cerita semasa menjelangnya hari raya! Bila pasal puasa je memang semuanya lembik lemah longlai tak bermaya bagaikan mayat hidup, tapi bila beberapa hari lagi nak datangnya Hari Raya. Bukan main lagi dia lah yang pertama. Hmm tapi sebenarnya takdelahh semangat mana pun, motif utama pada hari raya objek pertama yang akan terlempang terpampang pada skrin mata adalah:



Angg pauuuu!


Setiap tahun yang dikejarkan oleh guwa bukan lah kuih muih or bla bla bla kejadah ke apa benda jadah. Tapi yang menjadi kegilaan guwa (tak mungkin guwa sahaja korang pun sama je guwa rasa) pabila tibanya hari raya adalah "DUIT RAYA" ! *Heaven

Setelah selesai sahaja orang menunaikan sembahyang raya. Guwa pun macam biasalah, lepak dekat rumah dulu. Tunggu abang akak semua pulang, dan pabila kesemuanya sudaha ada. So ape lagi? Bermulalah sesi bermaaf-maafan diantara seluruh ahli keluarga sekalian. Haa, aku tengok akak , abang guwa beria mintak maaf kt mak bapak guwa menangis bagai nak rak sampai tersedu senduk. Tapi


Yang guwa? Biasalah duduk-duduk, duduk rilek je dekat tepi "perhatikan je situasi itu sambil hati kecil berbicara "Bila nak habis ni ye? Sobs sobs" err ! Mintak maaf? aku kecik lagi masa itu tak payah nak mintak maaf bagai, pasal masa guwa kekecik dulu guwa adalah seorang budak yang baik, sentiasa mendengar kata orang tua . Orang muda aku tak dengar, malas nak dengar.


LOL


Warna duit yang menjadi kegilaan guwa sewaktu kekecik dahulu adalah warna kuning biru. Hmm note seringgit lah. Hee. Guwa memang suka kumpul note seringgit bebanyak. Sebab bila da ada lebih 10 ringgit je, dia akan nampak macam seratus ringgit sebab ketebalannya :D *Kaya! Kaya! Kaya!

Dekat sini guwa kasi pecah rahsia okay? Kalau lu orang nak tahu. Waktu yang paling tepat untuk memulakan sesi mengumpul duit raya dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain adalah selepas pukul 10. Kerana pada waktu itu orang tengah ramai. So boleh dapat banyak. Haha! Hmm nak beraya? Mesti nak kena ade strategi. Pergi bukan kosong macamtuh je woi. Hehew. Antara 4 kawasan perumahan yang menjadi tumpuan utama:


1) Rumah yang diperbuat daripada batu 
2) Rumah yang besar/Rumah cikgu
3) Rumah yang mempunyai ramai sedara-mara
4) Rumah orang yang terkenal (contoh ketua kampung/imam masjid)


Kebiasaanya golongan rumah-rumah yang diatas ini bila datang beraya memang akan dapat membawa pulangan duit raya yang lumayan. Tapi tak semua okay? Kadang-kala harus bergantung kepada kecomelan kau untung mendapatkan lebih --' *Bagi golongan tuan rumah besar yang bakhil .


Dulu kalau nak beraya skill nak kena cantik bro, haa nampak tak? Ingat main bola je "Need some Skill?" Contohnya macam kalau guwa dulu nak beraya, kalau boleh tanak pergi ramai-ramai (rugi)! Pergi sorang dua pun da okay buat cukup-cukup forum. Sebab nanti boleh dapat duit lebih sikit. Takde lah tenat sangat tuan rumah nak bagi sorang seringgit kalau da sekali sepuluh orang datang ye tak?


Masa umum bagi sebuah rumah, adalah antara 3 hingga 5 minit je. Biasa datang, duduk, kacau kuih sikit-sikit. Air segelas mesti nk kena abes lepastuh da lah. Berambuss kerumah lain.


Kerja senang bukan?


Kalau sedang syok guwa beraya, kalau terserempak dengan group bebudak raya lain. Pasal aku rasa diorang ni menyibuk je (ada perasaan khianat dalam hati) tapi kalau group perempuan guwa tak benci lah, guwa sayang. HAHA :D


Tapi zaman beraya guwa tu tak bertahan lama. Kerana pertumbuhan fizikal guwa yang mendadak dan drastik membuatkan guwa terpaksa bersara awal. Nak beraya pun da segan. Yang mana dilahirkan memang dapat badan kecik tu untunglah. Duit masyuk je. Yangg guwa ni? Orang tengok atas bawah macam guwa baru lepas bunuh orang then baru fikir nak bagi ke tanak --'


Kira dulu guwa macam ni lah, yang pertama habiskan harta keluarga dulu. Lepastuh harta para penduduk kampung. Dan akhir sekali baru pau duit raya sedara mara, pakcik makcik, besan bla bla bla semua.


Tapi kalau sekarang?



Tinggal duit raya dari ahli keluarga je lah, yela da besar. Hmm tapi takpe abang-abang dan akak-akak ramai, tapi tu pun depends pada nasib juga. Kadang-kadang kena paksa baru bagi. Dan peduli apa nya pun "ADIK" kan? Haha. Tapi yang bestnya,, sekali bagi paling kokak pun duit merah ahh,
hmm. agak-agak tahun nie dapat lagi tak ye ? *Bunyi ombak ~


Bila dikenang hatiku jadi tak tenang.




Kalau nak jadi budak tadika balik boleh? 


P/s: Mungkin manusia boleh lupa, tetapi kenangan itu tak boleh dilupakan dan takkan pernah.


Suka? Like tanda kesukaan.

Ramadhan Tanpa Mercun?

Assalamualaikum . . 

Da seminggu kita berpuasa, jadi hari raya pun da semakin dekat. Kuih muih semua da siap ke belum makcik? Baju raya semua da beli? Kalau tanya aku, belum.


Puasa cukup tak? Kalau tak cukup tak boleh raya woi!


Da memang menjadi lumrah dan tidak boleh dan dapat dipisahkan lagi. Segala perayaan yang dirayakan pasti difollow oleh benda ini. Rujuk gambar dibawah.




Ramadhan tanpa mercun?


Kalau tanya guwa memang tak lah. Sebab tak dapat nak main perang-perang. Haha hembos.



Situasi dimalam raya, apabila...


Bila tiba saat-saat yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman "Esok Raya!" Kebiasaannya guwa akan mengambil satu sudut yang samgat dekat dengan pintu. Bila diumumkan je esok raya, tanpa menoleh kekiri, mahupun kekanan. Ataupun keatas. Sambil membawa stock mercun yang telah disediakan. Maka berlakulah peperangan diantara benua untuk beberapa ketika.


Esok masuk paper depan. BERAYA DIHOSPITAL.



Jadi semua ini adakah salah ibu yang mengandung? Ataupun salah encik ayah yang terlebih serong? Bincangkan! Guwa malas nak komen lebih lanjut. Bye





Suka? Like tanda kesukaan.